MENU

Rancangan Tempatan Daerah Maran (RTD Maran)

RTD Maran diwartakan pada 17.02.2011 dengan nombor warta 197. Kawasan Kajian RTD Maran meliputi keseluruhan daerah Maran yang berkeluasan 197,810.00 hektar.  Daerah Maran memainkan peranan yang utama di dalam konteks pembangunan Negeri Pahang memandangkan ia terletak di Zon Pembangunan Tengah yang dikenalpasti di dalam Rancangan Struktur Negeri Pahang. Zon ini merupakan zon tumpuan pembangunan utama di dalam senario pembangunan Negeri Pahang masa depan. Bandar Maran juga dikenalpasti sebagai Pusat Pertumbuhan Daerah Sekunder negeri Pahang. Terdapat 4 buah mukim di daerah Maran iaitu Mukim Chenor, Luit, Kertau dan Bukit Segumpal.

 

Matlamat Pembangunan

“Memajukan daerah Maran dengan pembangunan guna tanah dan perbandaran yang teratur dan seimbang serta mempertingkatkan ekonomi tempatan ke arah pembangunan daerah yang maju, progresif dan dinamik menjelang tahun 2020”.

 

Objektif Pembangunan

  • Mewujudkan struktur guna tanah yang teratur dan penggunaan tanah yang optimum.
  • Mewujudkan imej perbandaran yang menarik dan sejahtera untuk didiami.
  • Meningkatkan dan memperkukuhkan asas ekonomi tempatan supaya lebih berdaya saing melalui kepelbagaian ekonomi.
  • Mewujudkan sistem perhubungan dan pengangkutan yang bersepadu, efisien dan mesra pengguna.
  • Meningkatkan kualiti kehidupan melalui penyediaan kemudahan awam, perumahan, sukan dan rekreasi, tanah lapang yang mencukupi dan berkualiti.
BIL. NAMA RANCANGAN PEMAJUAN JILID DISEDIAKAN OLEH TAHUN DISEDIAKAN TARIKH WARTA DAN NO. WARTA  

 

1.

 

Rancangan Tempatan Maran 1999 – 2010

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan dan Pelaksanaan

 

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

Majlis Daerah Maran

 

 

 

November 2000

 

 

13 September 2007

1031

 

 

2.

 

RTD Maran 2020

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid II :

Garis Panduan Pembangunan

 

 

Majlis Daerah Maran

dengan kerjasama:

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

 

 

Disember 2010

 

 

 

22 Disember 2010

196

 

 

3.

 

RTD Maran

(Pengubahan)

 

Rancangan Tempatan Daerah Maran (Pengubahan)

 

Majlis Daerah Maran

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri   Pahang

 

 

 

2013

 

5 November 2015

No 2015