MENU

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK CHINI (PENGUBAHAN)

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Tasik Chini (Pengubahan) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 3 Oktober 2022 (Isnin) hingga 2 November 2022 (Selasa).

Semakan laporan ini boleh dibuat pada hari bekerja di lokasi berikut :-

1. Majlis Daerah Pekan
2. Majlis Daerah Rompin
3. Majlis Daerah Maran
4. PLANMalaysia@Pahang (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang)

Draf Rancangan Kawasan Khas (Pengubahan) tersebut juga boleh diperiksa secara dalam talian di laman sesawang berikut:

Semakan Atas Talian :

1. Laman Web PLANMalaysia@Pahang
http://jpbd.pahang.gov.my

2. Laman Web Majlis Daerah  :
http://www.mdpekan.gov.my
http://www.mdrompin.gov.my
http://www.mdmaran.gov.my

Orang awam adalah dijemput hadir ke lokasi semakan tetap atau semakan di atas talian untuk memeriksa Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas (Pengubahan) berkenaan. Bantahan terhadap atau representasi berkenaan Draf Rancangan Kawasan Khas (Pengubahan) tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang bantahan awam yang disediakan, surat atau memorandum sebelum atau pada 2 November 2022 dan hendaklah dialamatkan kepada:

PENGARAH
PLANMalaysia@Pahang
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5721181
Fax : 09-5732001
Emel : pengarah.plan@pahang.gov.my

atau

YANG DIPERTUA
Majlis Daerah Pekan
Jalan Mahkota,
26600 Pekan Bandar Diraja
Pahang Darul Darul
Tel :09-4211077/09-4211080
Faks: 09-4221954
E-mel: mdpekan@mdpekan.gov.my

Sekian, terima kasih.