MENU
Developer: Malaysia Industrial Estates Berhad
Bangunan MIEL, No 3, Jalan 31/10A,
Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
P.O. Box 12901,
50792 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel:+603-6186 2616
Fax:+603-6186 2068
 

Website: www.miel.com.my/miel/Pedas_Halal_Park/index.htm

 

Taman Perindustrian MIEL Pedas telah dipilih untuk menerajui pembangunan Pusat Makanan Halal oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Tapak tersebut akan dilengkapkan dengan kilang, bilik sejuk, pusat pembungkusan, gudang dan sebuah pusat sehenti. Jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan akan ditempatkan di pusat tersebut untuk memberi nasihat kepada peniaga dan usahawan bagi memastikan produk-produk daripada taman tersebut benar-benar Halal. Tanah tambahan seluas  40hektar di Kawasan Perindustrian Nilai telah dirizabkan untuk mengembangkan lagi Pusat Makanan Halal jika tanah yang diperuntukkan untuk taman tersebut tidak mencukupi. Zon industri berasaskan makanan Halal berteknologi tinggi akan mengandungi pusat pemprosesan daging Halal integrasi dan sebuah pelabuhan perikanan pusat pemprosesan ikan dan lelongan berintegrasi, di Perak, dan sebuah pusat pemprosesan makanan berintegrasi di Selangor. Pusat tersebut berhasrat mengeksport 98% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran dengan Asia sebagai sasaran awal pasaran dengan jumlah penduduk 3.7 bilion orang. Projek tersebut akan berpegang teguh kepada konsep Halal yang ketat dan garis panduan Pertubuhan Makanan dan Pertanian dan Organisasi Perdagangan Sedunia . Malaysia telah terpilih oleh projek usaha sama mega berasaskan makanan Halal di antara sebuah konsortium berpusat di Europah dan sebuah kumpulan usahawan Malaysia disebabkan oleh pengiktirafan secara global Sistem Persijilan Halalnya.