Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna : Set Semula  Tukar Teks Merah Tukar Teks Biru Tukar Teks Hijau |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Merah Tukar Latarbelakang Kuning  
 
LAMAN UTAMA » INFO MARAN » Satu Daerah Satu Industri

Satu Daerah Satu Industri

KONSEP SDSI

SDSI dirangka dengan tujuan untuk memajukan perusahaan yang mempunyai sumber setempat yang mencukupi yang mampumengerakkan ekonomi sesebuah daerah dengan penekanan penglibatan usahawan sebagai penjana Industri Desa.

Daerah Maran telah memajukan Industri pertanian yang berasakan makanan iaitu tanaman Nangka Madu CJ - USM 200 (MASTURA) sebagai tanaman untuk dikormersilkan dengan pelbagai produk Industri Kecil Serdahana (IKS). MAS berdasarkan warna isi nangka ini yang kuning keemasan manakala TURA bermaksud Tanaman Untuk Rakyat. Ia dihasilkan berdasarkan kajian daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maran telah telah berjaya mengetengahkan tanaman Nangka Madu MASTURA yang boleh dijadikan tanaman industri dengan menwujudkan pelbagai produk IKS dengan bantuan kewangan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) dan kerjasama Pejabat Daerah dan MInistry of Agriculture Incorporated (MOAInc).

 

OBJEKTIF SDSI

Matlamat program ini bukan sekadar untuk menwujudkan atau melahirkan seberapa ramai usahawan yang berjaya tetapi lebih jauhsasarannya iaitu :-

• Menambah Peluang untuk meningkatkan pendapatan ;

• Memperkukuhkan masyarakat setempat dengan aktiviti sosio - ekonomi yang berdaya maju ;

• Mencipta sesebuah daerah melalui satu atau dua produk / perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi

 

PROGRAM TANAMAN

Program tanaman kultivar MASTURA ini telah dimulakan pada tahun 2002 dengan kerjasama pihak USM. Keluasan yang ditanam 38ekar (15.4 hektar) dan telah mula mengeluarkan hasil pada awal tahun 2005. Bagi memenuhi keperluan projek IKS Nangka Madu MASTURA ini, PPK Maran telah dan akan memperluaskan lagi ladang tanaman yang diuruskan secara korporat oleh PPK Maran dan pengurusan oleh usahawan peladang sendiri dengan bimbingan dan 'kontrak ladang' dengan PPK.

Sehingga tahun 2006, Program tanaman ini telah diluaskan sebanyak 75 ekar (30.3 hektar).Ladang - ladang untuk program ini terletak di Kg.Seregkam, Kg Bak-bak, Luit dan Kg Kuala Sentul. Matlamat akhir projek ladang tanaman ini agar berupaya membekalkan bahan mentah kepada industri ini kelak.

 

PENGELUARAN PRODUK NANGKA MADUMASTURA

 

Mula dikeluarkan pada Jun 2006 dengan penglibat usahawan peladang yang terdiri daripada Kumpulan Peladang Nita (KPNITA). Di peringkat awal produk istimewa ini dihasilkan dengan nasihat pihak MARDI seperti Halwa ,Kordial dan jem. Pada masa hadapan produk lain seperti dodol, coklat dan cip akan dihasilkan.

 

CARIAN
PERKHIDMATAN KAMI
Senarai Perkhidmatan Senarai Perkhidmatan
e-Perkhidmatan e-Perkhidmatan
 e-Maklumbalas e-aduan
CIMB Clicks Bayaran Online
Podcast Podcast
OSC Online OSC Online
e-Kasih e-Kasih
KALENDAR
bulansebelum tahunsebelum 07 Februari 2012 tahunselepas bulanselepas
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Maran
26500 Maran, Pahang Darul Makmur. No Telefon:09-4771411. Faks:09-4771511.
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke aduan@mdmaran.gov.my
                                                           Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian                                                          Saluran Rss
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768