MENU


Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum WBT,
Selamat Sejahtera Syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk kita bersama melangkah ke tahun baharu 2024. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baharu 2024" kepada semua warga kerja Majlis Daerah Maran dan penduduk Daerah Maran secara umumnya.

Kita diuji dengan cabaran yang cukup besar dan getir sepanjang tahun 2021 yang lalu iaitu pandemik COVID-19 yang mula dilaporkan di Malaysia pada bulan Januari. Cabaran ini bukan sahaja menguji kekuatan kita dari segi kesihatan, malah juga melibatkan cara hidup serta perkembangan ekonomi sejagat. Namun ianya tidak menjadi satu penghalang untuk kita terus meningkat maju serta dalam menjamin penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk setempat. Amalan norma baharu yang perlu dipatuhi turut merubah cara kerja dan gaya hidup kita.

Walaubagaimanapun, demi kebaikan semua kita perlu akur dan menjadikannya sebagai suatu cara kerja dan gaya hidup yang baharu untuk diamalkan. Untuk itu, bagi tahun 2024 kita harus melangkah ke gerbang transformasi minda yang baharu. Justeru itu, pengamalan disiplin yang tinggi dan peningkatan kepakaran dalam bidang masing-masing disamping warga kerja Majlis Daerah Maran harus meningkatkan amalan ilmu-ilmu baharu.Penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen dan cekap akan memberikan kepuasan yang maksima kepada pelanggan. Oleh itu, fokus untuk tahun 2024 ini adalah untuk menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan pantas serta mengurangkan birokrasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada para pelanggan tidak terjejas dan dapat dipermudahkan dalam suasana pandemic ini.

Saya doakan agar tahun 2024 menjanjikan kerahmatan kepada semua warga kerja dan warga Daerah Maran. Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan bagi merealisasikan visi dan misi Majlis Daerah Maran Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum WBT

Dato' Sharuddin bin Jali, DIMP., SMP.
Yang Dipertua
Majlis Daerah Maran