MENU

Asal - usul Daerah Maran, Pahang Darul Makmur.

Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit.

Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).

Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai 'Maran' atau 'Sahabat' serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan menyusur sungai inilah orang asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran.

Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.

Peta Negeri Pahang

 Peta Negeri Pahang

  

Petunjuk

 Zon Utara Zon Utara
  • Daerah Cameron Highlands
  • Daerah Lipis
  • Daerah Raub
  • Daerah Jeratut

 Zon Tengah ZonTengah

  • Daerah Kuantan
  • Daerah Maran
  • Daerah Temerloh
  • Daerah Bentong
Zon Selatan Zon Selatan
  • Daerah Bera
  • Daerah Pekan
  • Daerah Rompin
 Pusat Penempatan Utama Pusat Penempatan Utama  Jalan Persekutuan Jalan Persekutuan

 Landasan KeretapiLandasan Keretapi

 Sempadan Negeri Sempadan Negeri

 Sempadan Daerah Sempadan Daerah  Jalan Negeri Jalan Negeri