MENU

    PIAGAM PELANGGAN MDM

    Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cepat, mesra, adil serta berkesan dan memastikan semua perkhidmatan yang diberikan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan seperti berikut :-

    1

    Memberi maklumbalas awal terhadap aduan yang lengkap dalam tempoh 3 hari bekerja.

    2

    Memproses permohonan lesen perniagaan lengkap:

    a. Tidak berisiko : 1 hari

    b. Berisiko           : 30 hari

    3

    Menyemak tawaran dikenakan kompaun dan mengeluarkan surat peringatan menjelaskan bayaran kompaun dalam tempoh 5 hari selepas akhir notis.

    4

    Memastikan khidmat penebangan pokok diberi dalam masa 7 hari mengikut keutamaan permohonan.

    5

    Memastikan permohonan tambahan dan pindaan rumah kediaman yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh 1 hari.

    6

    Proses bayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap diterima oleh Jabatan Perbendaharaan.

    7

    Membuat lawat periksa tapak dan kerja-kerja penilaian harta dalam tempoh 1 minggu dari tarikh lawat periksa.

    8

    Permohonan untuk menyewa bangunan majlis dijawab dalam masa 1 bulan selepas permohonan diterima

    9

    Membaikpulih kerosakan komputer dalam masa 7 hari bekerja bergantung kepada tahap kerosakan

    10

    Pelantikan kontraktor binaan dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh tutup sebutharga dan 90 hari dari tarikh tutup tender.

    11

    Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) setiap dua (2) kali sebulan dan 24 kali setahun.

    12

    Menyediakan laporan tahunan Audit Dalam sebelum akhir Mac tahun berikutnya.

    13

    Pemeriksaan dan rondaan berkala untuk aktiviti penguatkuasaan ke premis-premis kawasan operasi dilakukan 2 kali seminggu.

    14

    Memastikan keperluan jawatan-jawatan serta pengisiannya diutamakan bagi melancarkan lagi pengurusan pentadbiran.

    15

    Memastikan 90% pengguna kenderaan mendapatkan kupon tempat letak kereta berbayar.

    16

    Memastikan kutipan sampah dijalankan dengan mengikut jadual seperti berikut :

     

    a. Premis perniagaan (6 kali seminggu)

     

    b. Perumahan (3 kali seminggu)