MENU

Perpustakaan Awam Maran

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak turut disediakan

 

Perpustakaan Awam Maran, Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1993. Sehingga tahun 2008, perpustakaan ini mempunyai lebih kurang 3,000 ahli yang berdaftar dan purata keahlian ialah 30-50 orang setiap bulan. Yuran keahlian adalah RM12.00 untuk golongan dewasa, RM9.00 untuk golongan belia dan RM7.00 untuk kanak-kanak dan keahlian adalah sepanyang hayat.

Variasi buku untuk kanak-kanak, novel, fiksyen, bahan rujukan pendidikan dan buku-buku ilmiah tersergam indah di rak-rak buku yang terdapat di sini. Selain persekitaran yang selesa, terdapat juga zon untuk membaca bagi golongan dewasa dan kanak-kanak mengikut jenis dan bahan bacaan masing-masing. Selain itu, terdapat juga majalah-majalah berbentuk ilmiah dan bacaan ringan bagi mereka yang gemar membaca majalah.

Perpustakaan ini sering kali menganjurkan aktiviti dan juga pertandingan untuk pengunjung dan juga ahli perpustakaan. Pertandingan bercerita, Kuiz kanak-Kanak dan melukis serta mewarna yang dianjurkan mendapat sambutan yang sangat positif daripada kanak-kanak di sini. Selain daripada menguji minda, peserta juga dapat menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan karya lukisan dan pewarnaan. Program Kempen Membaca pula dijalankan setiap tahun untuk memupuk sikap membaca bagi setiap generasi muda hingga dewasa. Di sini juga sering diadakan pertandingan Bacaan Kegemaran Saya, Pembaca dan Pengunjung Perpustakaan Terbanyak untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Kemudahan penggunaan komputer dan juga talian Internet juga membuatkan ramai pengunjung gemar untuk ke sini. Perpustakaan ini juga merupakan salah satu perpustakaan di mana penggunaan USP terbanyak di Malaysia. Kapasiti perpustakaan ini boleh memuatkan kira-kira 100 orang dalam sesuatu masa. Terdapat empat orang pekerja perpustakaan yang sentiasa ramah dan membantu jika terdapat sebarang kesulitan. Dua daripadanya bertugas dalam perkhidmatan perpustakaan bergerak di kampung-kampung sekitar Maran. Mesin pengimbas dan juga pencetak juga membantu pelajar-pelajar untuk menyiapkan kerja rumah atau tugasan sekolah.

Waktu operasi Perpustakaan Awam Cawangan Maran adalah seperti berikut :

Isnin-Khamis : 8.30pg- 5.00 ptg

Jumaat : 8.30pg- 12.15 tgh hari

Sabtu, Ahad 7 Cuti Umum : Tutup

 

Sumber : http://www.ktaktelecentre.my/Maran/usp.html