MENU

Anugerah Pencahayaan Terbaik - Pesta Pelita Raya 2026 
pelita

TAHNIAH MARAN RAIH ANUGERAH PENCAHAYAAN TERBAIK PESTA PELITA RAYA PAHANG 2026 KATEGORI DAERAH
 
15 Mei 2026 (Jumaat) – Daerah Maran telah berjaya meraih Anugerah Pencahayaan Terbaik dalam pertandingan Pesta Pelita Raya Pahang 2026 bagi kategori daerah pada Majlis Malam Penghargaan Pesta Pelita Raya Pahang 2026 yang berlangsung di Kimstone Beach Hall & Chalet, Pantai Batu Hitam, Kuantan.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Puan Leong Yu Man, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang serta turut dihadiri dif-dif jemputan daripada seluruh negeri Pahang.
Keindahan malam di Pesta Pelita Raya Maran tidak akan bermakna tanpa komitmen, sokongan dan kerjasama padu daripada seluruh warga Maran dan seterusnya mereka yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan pesta tersebut berlangsung dengan penuh gemilang.
Semoga kerjasama dan sokongan padu dari warga Maran khususnya akan dapat dipertingkatkan lagi pada program yang akan datang bagi memastikan budaya serta warisan tradisi masyarakat melalui penganjuran Pesta Pelita Raya mencapai matlamatnya.
Tahniah seluruh warga Maran... jumpa lagi pada tahun hadapan...