Dalam mencapai matlamat, MDM melaksanakan fungsi-fungsi berikut :
- Menyediakan kemudahan dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti kepada orang ramai.
- Mempergiatkan usaha-usaha meningkatkan sumber kewangan Majlis.
- Merancang, menyelaras, mengendalikan dan mengawal pembangunan dengan teratur selaras dengan undang-undang yang digunapakai.
- Melibatkan orang awam dan swasta dalam program pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
- Memberikan peluang-peluang perniagaan khususnya kepada masyarakat setempat melalui penyediaan ruang-ruang niaga, tapak jaja dan sebagainya.