OBJEKTIF
- Meningkatkan kualiti perbandaran melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
- Memastikan perancangan dan pembangunan Bandar yang bersistematik serta memenuhi aspirasi rakyat.
- Meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan selaras dengan konsep Bandar dalam taman.
- Mewujudkan perbandaran yang kemas, tersusun, selesa dan selamat didiami.
- Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan berpengetahuan
a) 90% permohonan lesen perniagaan diproses dalam tempoh sebelum 30 hari.
b) Memastikan permohonan pelan-pelan pembangunan diproses mengikut perancangan serta memenuhi keperluan pembangunan yang ditetapkan dalam tempoh seperti berikut :
i) Permohonan serentak (Perihal tanah dan kebenaran merancang) : 90 hari
ii) Permohonan kebenaran merancang : 57 hari
iii) Permohonan kejuruteraan (Kerjatanah , jalan dan parit) : 57 hari
iv) Permohonan pelan bangunan : 60 hari
v) Permohonan pelan landskap, lampu jalan dan nama taman serta jalan : 30 hari
c) Memastikan kutipan tunggakan tercapai sekurang-kurangnya 25% dari jumlah tunggakan cukai taksiran tahun semasa.
d) Memastikan pemeriksaan berkala untuk tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan kekerapan seperti berikut :
i. Bandar Maran : sekurang-kurangnya 5 kali seminggu.
ii. Bandar Tun Abdul Razak Jengka : sekurang-kurangnya 5 kali seminggu.
iii. Sri Jaya : sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
iv. Sungai Jerik : sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
v. Pekan Tajau : sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
vi. Pekan Awah : sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
vii. Chenor : sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
e) Menjalankan siasatan dan tindakan awal untuk menyelesaikan aduan dan maklumbalas pelanggan yang lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja.
f) Memastikan setiap kakitangan MDM menjalani program latihan pembangunan sekurang-kurangnya 7 hari setahun bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan I.
g) Memastikan perbelanjaan mengurus dibelanjakan tidak melebihi peruntukan yang diluluskan.
h) Setiap aduan Infrastruktur dan Kemudahan Awam di siasat dan sediakan laporan dalam tempoh 14 hari untuk tindakan susulan.



