PIAGAM PELANGGAN MDM
Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cepat, mesra, adil serta berkesan dan memastikan semua perkhidmatan yang diberikan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan seperti berikut :-
1 |
Memberi maklumbalas awal terhadap aduan yang lengkap dalam tempoh 3 hari bekerja. |
2 |
Memproses permohonan lesen perniagaan lengkap: a. Tidak berisiko : 1 hari b. Berisiko : 30 hari |
3 |
Menyemak tawaran dikenakan kompaun dan mengeluarkan surat peringatan menjelaskan bayaran kompaun dalam tempoh 5 hari selepas akhir notis. |
4 |
Memastikan khidmat penebangan pokok diberi dalam masa 7 hari mengikut keutamaan permohonan. |
5 |
Memastikan permohonan tambahan dan pindaan rumah kediaman yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh 1 hari. |
6 |
Proses bayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap diterima oleh Jabatan Perbendaharaan. |
7 |
Membuat lawat periksa tapak dan kerja-kerja penilaian harta dalam tempoh 1 minggu dari tarikh lawat periksa. |
8 |
Permohonan untuk menyewa bangunan majlis dijawab dalam masa 1 bulan selepas permohonan diterima |
9 |
Membaikpulih kerosakan komputer dalam masa 7 hari bekerja bergantung kepada tahap kerosakan |
10 |
Pelantikan kontraktor binaan dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh tutup sebutharga dan 90 hari dari tarikh tutup tender. |
11 |
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) setiap dua (2) kali sebulan dan 24 kali setahun. |
12 |
Menyediakan laporan tahunan Audit Dalam sebelum akhir Mac tahun berikutnya. |
13 |
Pemeriksaan dan rondaan berkala untuk aktiviti penguatkuasaan ke premis-premis kawasan operasi dilakukan 2 kali seminggu. |
14 |
Memastikan keperluan jawatan-jawatan serta pengisiannya diutamakan bagi melancarkan lagi pengurusan pentadbiran. |
15 |
Memastikan 90% pengguna kenderaan mendapatkan kupon tempat letak kereta berbayar. |
16 |
Memastikan kutipan sampah dijalankan dengan mengikut jadual seperti berikut : |
|
a. Premis perniagaan (6 kali seminggu) |
|
b. Perumahan (3 kali seminggu) |