MENU

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah memilih pegawai dari Majlis Daerah Maran, Encik Muhamad Haziq bin Redzwan (Pegawai Perancang Bandar dan Desa - Unit OSC) untuk menyertai program perkongsian pengalaman dan kepakaran berkaitan Tenaga Boleh Baharu di Singapura bermula dari 3-7 November 2025. Program ini disertai oleh wakil dari 21 buah negara. Program ini memberi tumpuan kepada penerokaan prinsip dan aplikasi teknologi tenaga boleh diperbaharui rendah karbon dengan penekanan utama pada pengurangan pelepasan gas rumah hijau.